Sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini yang masih bernaung dibawah matahari dan bulan, kisah kita sebenarya sama tapi.....
Tak serupa kerana setiap kisah kisah yang kita jalani setiap saat adalah kisah yang akan dihadapi oleh insan yang lain cuma keadaan, masa, cara & tempat yang menjadi batu hadang yang menjadikan sesuatu kisah menjadi satu konflik dalam setiap cerita. Jadi, percayalah hidup ibarat roda ada pasang surutnya kadang kadang senang tapi jangan lupa pada kesusahan tak seharusnya kita lupa diri bila diatas padahal semasa dibawah sanggup mendongak. Kisah kita sama tapi tak serupa jadi usahlah merunggut, bermasam muka, mengeluh & patah harapan kerana ada yang lebih kasian dengan apa yang pernah hadapi.
